★ | Cuti 3 Hari
Friday, 3 August 2012 | 20:30 | 0 comment(s)
Assalamualaikum semua.
Nampaknya dah memang lama betul admin tak update blog ni. Jadi sekarang ni nak update sikit, walaupun tak seberapa tapi nak cerita sikit pasal Nuzul Al-Quran. Memandangkan hari Isnin ni cuti jadi semua berderet cuti daripada Sabtu hingga Isnin (cuti sempena Nuzul Al-Quran). Tapi jangan lupa kerja sekolah bagi pelajar-pelajar 4 Keris 1 SMK Clifford. Siapkan kerja Sejarah (sampai bab 9), lengkapkan peka Fizik, peka Kimia dsb. Korang ingat sendiri lah kerja sendiri, hehe :D
So mari kita sama-sama membaca kisah Nuzul Al-Quran.
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan kali ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril a.s.
.
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
.
2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.
Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
.
Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
.
Allah SWT berfirman, dalam al-Baqarah, ayat 185:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.”
.
.
Firman Allah SWT, dalam ad-Dukhan, ayat 3:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).”
.
.
Firman Allah SWT dalam al-Qadr, ayat 1:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.”
.
Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”
.
3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah SAW.
Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para mufassirin, Al-Quran diturunkan sekaligus ke ‘Baitul Izzah’ di langit ke dunia pada malam ‘Lailatul Qadar’. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”
.
3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah SAW.
Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para mufassirin, Al-Quran diturunkan sekaligus ke ‘Baitul Izzah’ di langit ke dunia pada malam ‘Lailatul Qadar’. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah SAW dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah al-Munawwarah. Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenali sebagai Makkiyah dan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah .
Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW dalam masa 20 tahun. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.
RasululLah SAW bersabda: “ Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun” (Hadis riwayat Ibn Abbas.)
RasululLah SAW bersabda: “ Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun” (Hadis riwayat Ibn Abbas.)
Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah.
.
.
AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
.
Dan peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.
Source: [[link]]
=========================================================
Menarik kan kisah penurunan Al-Quran? Semoga kita lebih mengetahui tentang sejarah-sejarah Al-Quran insya-Allah. Itu sahaja daripada admin utk hari ni. Sekian terima kasih :D
-Atifah (4K1 2012)
Labels: 4 keris 1, islam, kuala lipis, nuzul al-quran, pahang, smk clifford
★ | Minggu Persekolahan Pertama
Thursday, 22 March 2012 | 02:22 | 0 comment(s)
Assalamualaikum warga bumi dan juga warga Clifford khususnya.
Apa cerita waktu cuti? Cliffordians semua telahpun menerima Cuti-Cuti Clifford (CCC) sebelum cuti jadi anda semua harus memberikan komitmen dalam menyiapkannya. Alahaii, baru CCC yg pertama and baru CUTI SEMINGGU, takkan dah jadi tension macam gambar kat atas ni? Ataupun malas nak buat CCC? Cliffordians tak boleh lah begitu, kita kan cemerlang so siapkanlah apa yg patut :D
How about the activities you did during holidays? Mesti menarik, dan ada juga yg tak menarik. Yeah, banyak perkara yg berlaku sepanjang cuti ni kan. Mesti ada suka duka dan sebagainya. Even ada yg telah kehilangan orang yg tersayang dan sebagainya. Jadi, kita haruslah sentiasa berhati2 semasa berada di mana2 tidak kira di luar atau di dalam sekolah dan rumah (:
Jadi itu sahaja yg saya nak taip...and until now, saya masih lagi mencari BEBERAPA orang lagi penulis utk blog 4 Keris 1 kesayangan ni, unfortunately masih belum ada wakil. Come on, be brave! :D (p/s: I'm not a good writer either.)
Sebelum saya mengundur diri, saya ucapkan tahniah kepada kumpulan 1Azzam iaitu pelajar2 kelas kami yg telah berjaya membuat persembahan nasyid di atas pentas apabila Astro Ceria (Sekolahku Hebat) datang shooting di sekolah kami, SMK Clifford. Tahniah sekali lagi - Muhammad Saief b. Azman, Mohd. Fathi Akmal b. Mohd Zaid, Amirul Aziz b. Azhar, Muhammad Isyraq Fikri b. Ishak & Amirul Zharfan b. Zalid.
-Atifah
★ | Exam Habis, Cuti Pula!
Friday, 9 March 2012 | 00:07 | 0 comment(s)
Assalamualaikum.
Rasa teringin tak nak pergi tempat kat atas ni? Haa. Sekarang dah musim cuti buat pelajar2 sekolah seluruh Malaysia, tapi seminggu je lah. Seminggu tu pun, pelajar2 sekolah kami (SMK Clifford) kena siapkan CCC (Cuti-Cuti Clifford) yg mampu mengembalikan semangat belajar anda waktu cuti walaupun anda berada dalam mood cuti. *okay ayat berbelit, faham tak? -__-*
Kami, pelajar tingkatan 4 baru sahaja siap menduduki peperiksaan Penilaian 1 pada tahun ini yg akan menjadi TOV (Take Off Value) kami sepanjang tahun. Kami harap TOV kami kali ini akan menjadi pendorong kepada kami utk berjaya dlm peperiksaan2 yg seterusnya. Doakan kami ya! (:
To come to an end, kami berharap agar semua pelajar tidak melupai tugas masing2 utk menyiapkan kerja sekolah semasa cuti ni. That's all, assalamualaikum.
-Atifah
★ | Istimewanya Tarikh 29 Februari!
Wednesday, 29 February 2012 | 06:42 | 0 comment(s)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
So, seperti yg anda semua tahu bahawa hari ini merupakan 29 Februari 2012, satu tarikh yg sangat istimewa bagi mereka yg lahir pada tarikh ini kerana ianya merupakan tarikh tahun lompat.
Harini SMK Clifford, sekolah kebanggaan kami telah mengadakan Majlis Pelancaran Sekolah Penyayang pada pukul 7.30am sehingga 8.15am pagi tadi. Seorang pelajar, iaitu adik Izzati drpd tahun 6 SISP telah menyambut hari lahirnya yg hanya dapat menyambut hari lahirnya yg hanya datang 4 tahun sekali .
Program dekat sekolah kami pagi tadi begitu mendapat sambutan sekali. Alhamdulillah (: Admin sebenarnya saja je buat post macam ni so that ada tercatatnya satu post sempena tahun lompat
So I guess that's all, thanks for reading and please come back anytime soon to read other posts (:
-Atifah
posted from Bloggeroid
★ | Terciptanya Blog Kami
Tuesday, 28 February 2012 | 00:40 | 0 comment(s)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya admin blog 4 Keris 1, W. Atifah N. Alia iaitu Bendahari kelas 4 Keris 1 itu sendiri. Saya just nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar 4K1 yg menyokong saya dari belakang *cewaahh ayat skema*. Sebenarnya saya sesaje je buat blog 4K1 ni, sebabnya kalau online mcm bosan je takde buat pape so saya buatlah blog ni, sambil2 tu boleh laa orang luar datang tengok kehebatan kelas dan sekolah kita :D
Kalau blog ni khas utk 4K1 je, saya takkan guna 'saya'. Tapi sebab orang luar dan cikgu2 pun nak tengok, jadi saya gunakan kata nama yg lebih sopan. Sebabnya kalau dalam kelas saya memang guna 'aku' dengan kawan2 yg lain (anda semua pun mesti dah tahu).
So, seperti yg anda semua nampak, introductions (pengenalan) dan tidbits (sisipan) dalam blog ni kebanyakannya adalah dalam Bahasa Inggeris. Malah cerita2 tentang pelajar 4K1 dekat Misc. section pun saya buat dalam Bahasa Inggeris SEBAB BI dan saya tidak dapat dipisahkan hohohoho -__-
Ok so I think that's all, see you again sometimes soon.
-Atifah (Admin)
Labels: introduction